Monday, December 26, 2011



Dah memang lumrah PAS demi menghalalkan semua perbuatannya maka segala tindakan akan disifatkan sebagai ibadah. Suka hati mak bapa dia je nak kata ibadah...kalau memerangi UMNO dikira ibadah..habis tu berpelukan dengan DAP pula dikira apa...JIHAD??

Pas Kawasan Besut menyifatkan bekerja untuk tumbangkan Umno adalah satu ibadat dan perlu dilakukan bersungguh-sungguh oleh ahli dan masyarakat.


Yang dipertuannya, Wan Azhar Wan Ahmad menggesa seluruh jentera dan anggota parti menjadikan sasaran Mac 2012 sebagai tarikh keramat untuk menumbangkan kerajaan BN di negeri Terengganu.



Dakwanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah medan terbaik rakyat untuk menyekat penguasaan Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman berasaskan pelbagai kepinca­ngan dan kelemahan tadbir urus sepanjang pemerintahan dua menteri besar yang terakhir ini.



Menurutnya, Pas berjanji akan menyenaraikan seluruh kepincangan dan kelemahan tadbir urus tersebut kemudian mendedahkannya dalam kempen PRU akan datang.



“Pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan kepimpinan negara juga pastinya akan mempercepatkan proses Pakatan Rakyat (PR) mengambialih pentadbiran Puterajaya.



Misalnya isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menggemparkan negara dengan melibatkan sejumlah RM250 juta pastinya sukar diterima oleh rakyat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas negeri.



Wan Azhar berkata, kerajaan dikatakan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pemberian RM100 kepada ibu bapa pelajar serta RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi menutup isu NFC yang kian terdedah.


“Saya yakin akan tiba masanya gelombang kebangkitan rakyat berlaku tanpa mampu dihalang oleh Umno dan BN,” katanya. SH

Sebaik sahaja Hasan Ali, Harun Din menyertai PAS bersama beberapa tokoh Ilmuan Agama yang lain, PAS seakan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja. Maklumlah sebab sudah mempunyai ‘komandan’ yang paling dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak.

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Segala perancangan untuk melaksanakan agenda telah pupus sebagaimana pupusnya slogan ‘Negara Islam’ yang ditukarkan kepada ‘Negara Kebajikan’. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional telah menerap dan mempraktikkan agenda ini selama pemerintahannya dimana semua kaum serta golongan telah pun mendapat manafaat daripadanya. Apakah manafaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi slogan baru PAS kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk menunjukkan kepada ‘rakan-rakan’ mereka yang PAS telah berubah.

Segalanya terletak kepada keputusan DAP dan PKR dimana PAS hanyalah sebagai pak turut sahaja.

Kembali semula kepada Hasan Ali yang juga seorang Ilmuan Agama, beliau telah berjaya menaikkan taraf PAS tetapi hanya untuk sementara kerana secara terangnya, puak-puak Erdogan / Anwarinas didalam PAS telah berjaya ‘menakluki’ PAS seterusnya menidakkan keupayaan Hasan Ali serta Ilmuan Agama yang lain di dalam PAS. Kita boleh lihat, Majlis Syura PAS juga menyokong Hasan Ali. Selain itu Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din juga tidak mendapat tempat di dalam Majlis Ulamak PAS.

Soalannya adalah kemanakah hala tuju PAS sekarang ? Adakah ianya untuk Agama, Bangsa dan Negara atau sekadar ‘penempel’ di Pakatan Rakyat yang kabur matlamatnya. DAP bersama chauvanis nya dan PKR hanya untuk menyelamatkan seseorang dan suka menimbulkan huru-hara.

Secara terus terang, aku tidak berapa setuju jika Hasan Ali dan rakan-rakan ingin keluar dari PAS dan menyertai UMNO kerana sepatutnya UMNO dan PAS bergerak bersama untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Negara. UMNO boleh menjadi wadah orang Melayu dan PAS boleh menjadi kumpulan pendesak orang Melayu yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu secara am nya tetapi apa yang terjadi sekarang – orang Melayu berpecah dan tiada kekuatan untuk menandingi kaum-kaum yang lain dan mereka dengan sewenang-wenangnya boleh meminta apa sahaja untuk kaum mereka dan ini bukan salah mereka. Sebenarnya mereka mendapat ‘kelulusan’ dari orang Melayu sendiri.

PAS pernah menuduh UMNO mengamalkan sekularisma tetapi jika dilihat sekarang ini, PAS lebih sekular dari UMNO sendiri hanya kerana ingin ‘berkawan’ dengan DAP dan PKR. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Ternyata bangsa Melayu itu sendiri yang rugi kerana berpecah.

Disinilah Hasan Ali boleh memainkan peranan beliau bersama Ilmuan yang lain untuk mengembalikan perjuangan PAS balik ke landasan yang sebenarnya. Jika beliau keluar, maknanya beliau telah melepaskan tanggungjawab beliau untuk Agama, Bangsa dan Negara dan puak Erdogan / Anwarinas secara keseluruhannya telah menguasai PAS dan dengan senang hati boleh merosak dan memalukan PAS itu sendiri.

Hasan Ali sepatutnya bekerja dengan lebih keras lagi bersama para sahabatnya untuk menidakkan perkara ini daripada berlaku kerana jika beliau meninggalkan PAS bermakna beliau telah mengaku kalah. Puak-puak Erdogan / Anwarinas sememangnya menunggu peluang untuk menjadikan PAS sebagai milik mereka sepenuhnya. Hasan Ali boleh melonjakkan kembali PAS kepada asalnya bersama yang lain dan menjadikannya sebagai pilihan kepada orang Melayu untuk lebih berjaya dan bergandingan dengan UMNO untuk kekuatan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhannya.

Hasan Ali lah orangnya yang boleh melakukannya sekarang bersama rakan-rakan beliau yang lain di dalam PAS untuk mengembalikan PAS balik kepada asalnya.

Wallahu’alam…

PANAS : MUSTAFA ALI AKUI PERKARA INI...


Kisah Datuk Dr Hasan Ali balon sakan organ partinya sendiri,Harakah telah membuka satu lagi pekong yang selama ini terpendam.
Ini satu cerita sudah lama menjadi bahan sok sek dikalangan  pimpinan dan ahli parti itu...cuma tidak siapa setakat ini yang berani letupkan bab itu secara terbuka.
Ikut cakap 'orang dalam' sebenarnya politiking dalam PAS ' sama naik' dengan mana-mana parti politik - baik UMNO dan komponen BN maupun di sebelah pembangkang.
Cuma mereka yang tahu cerita dalaman dan megikuti secara rapat parti ini sahaja dapat mencium silat dan kuntau mereka.
Dalam sidang akhbarnya Jumaat lalu ,Dr Hasan telah membongkar bagaimana  satu interbiu Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berhubung isu gereja DUMC yang beliau perjuangkan kena pengap yakni tidak disiar.
Kalau spiritual leader PAS nombor dua selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat  'kena main' begitu apa lagilah ikan bilis seperti Dr Hasan sendiri.
Ini bukan orang lain cakap tetapi menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu , aduan yang diterima beliau daripada pemimpin-pemimpin PAS dan orang ramai yang melanggan akhbar itu mengatakan Harakah kini seperti memperjuangkan golongan pemimpin dan parti-parti tertentu.
"Mereka kata persembahan akhbar itu kini mirip kepada satu golongan dan tidak mirip kepada golongan yang lain.
"Saya juga lihat ruang laporan banyak diberi keutamaan kepada parti-parti komponen dan bukannya kepada PAS sendiri," katanya.
Siapakah yang dimaksudkannya? Mereka yang selalu mengikuti Harakah yang cukup galak mengambarkan tidak ada satu pun yang berguna dalam negara ini - pasti dapat mencium mereka-mereka yang diberi keutamaan.
Antaranya tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebabnya kita kena tanya siapa yang menguasai PAS sekarang kalau bukan golongan Erdogan.
Al kisahnya Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang,Timbalan Presiden Mat Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang menjadi ketua pentabir PAS dikatakan mempunyai hubungan yang hanya ' gitu-gitu' sahaja dengan Anwar.
Namun dek kerana politik dan 'nak hidup' mereka dikatakan terpaksa ikut arus yang kuat mencengkam PAS kebelakangan ini.
Itu satu bab.Satu lagi bab ada yang bertanya melihat pada pendedahan Dr Hasan tentang Harakah apakah ada jaminan PAS dan pembangkang amnya akan mengotakan kata-katanya mereka tentang 'kebebasan media' yang mereka dok jual di ceramah-ceramah jika dapat tawan Putrajaya.
Lojik akal kata kalau orang yang cukup hebat bercakap tak lekang dengan ayat Al-Quran dan Hadis boleh perlakukan sebegitu kepada pemimpin partinya sendiri - jawabnya sendiri mau ingat.
Kebelakangan ini mereka selalu marah RTM dan media arus perdana langsung tidak bersikap adil dalam laporan mengenai pembangkang.
Soalnya mereka yang selalu mengikuti Harakah,Roket atau Keadilan Daily pernah jumpa tidak sebutir ayat pun yang mereka pernah lapor baik tentang kerajaan.
Tak payah lapor baiklah tetapi sekurang-kurangnya secebis analisa yang adil pun tidak ada.
Kalau mereka menuduh media yang pro kerajaan macam-macam, soalanya apa bezanya mereka.
Melihat pada sikap 'cakap tidak serupa bikin' dan stail mereka sekarang ini senang cakap jawabnya mengigaulah sesiapa yang dibuai mimpi akhbar atau media akan memberi laporan yang menepati 'kebebasan media' jika pembangkang berkuasa.
Kalau media pembangkang bebas dan praktik kebebasan media dalam ertikata sebenar,pernah tidak mereka ambil sebarang langkah ,misalnya nak membedah,menyiasat dan selongkar habis-habisan untuk mendapatkan kebenaran misalnya skandal video seks Anwar?
Belum apa-apa,tanpa toleh kiri kanan...itu sudah dicop fitnah TITIK. AD

Hebat betul cara Khalid gagap nak pikat pengundi muda di Selangor..menyediakan pakej semua dalam satu...peluang pekerjaan untuk remaja lepasan SPM, hiburan + layanan daripada GRO bawah 18 tahun. Sekurang-kurangnya dengan pekej ini, Khalid gagap dapat menyelesaikan banyak  masalahnya di Selangor iaitu dengan mengurangkan kadar pengganguran remaja di Selangor, menjana sektor perlancongan terutamanya dalam industri hiburan, menjana pendapatan negeri dengan cukai yang dikenakan dan yang paling penting menjaga kepentingan pelabur-pelabur PRU13 pakatan haram yang akan datang...

Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.



Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.




Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22. SH

***Walau macam mana menakutkan cerita hantu kat atas ni...hantu kat bawah lebih mengerikan...kalau hantu biasa dia cuma takutkan kita je tapi kalau hantu kat bawah ni bukan kata satu keluarga, satu kampung boleh porak peranda apabila dia jelma..EP nasihat supaya hati hati dengan fitnah yang dibawanya..dan kalau dia jelma, penyapu adalah senjata yang terbaik untuk menghalaunya...

Saturday, December 24, 2011



Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Dato' yang dihormati,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.

Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.

Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.

Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.

Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?

Salam Hormat. Assalamualaikum

Ditulis oleh: Al-Azharri Siddiq Hj. Kamunri - jentayubaka.blogspot.com


Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia ” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana.

Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu. Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas. Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.

Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom. Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis.

**EP rasa Ariff tak perlu takut untuk pulang ke Malaysia..sebabnya orang di Malaysia ni masih waras untuk berfikir yang mana baik dan yang buruk..tengok saja Anuwar Ibrahim, walaupun telah kantoi melakukan perkara yang dilaknati oleh Allah itu, dia masih hidup dan bebas bergerak kesana kemari menabur fitnah dan memburukkan kerajaan Malaysia.

Apa yang paling penting ialah Ariff perlu sedar akan kesilapan yang telah dilakukan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah diatas segala dosa yang telah dilakukan.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kesemua ahli parti itu supaya tidak bertindak bersendirian atau menghadapi risiko ‘digugurkan’.

Dengan menyifatkan perlembagaan tertinggi Pas dijamin oleh sekumpulan individu berwibawa, kata beliau, mana-mana ahli parti yang bertindak sendirian pasti akan ‘tersungkur’. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam Pas.

Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas secara individu tanpa peduli terhadap adab berjemaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Teguran keras Abdul Hadi itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah apabila menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam satu program televisyen mendakwa, Pas kini telah tersasar daripada perjuangan Islam asal parti itu.

Thursday, December 22, 2011


Sememangnya perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dibuat untuk menyaingi Azmin Ali. PAS dilihat tidak bermaya dan seringkali menjadi budak belasahan PKR dan DAP. Kekuatan mulut dan lidah Mat Sabu diperlukan untuk mengimbangi kepopularitian Azmin Ali yang dilihat sebagai pemimpin masa hadapan berbanding Nasharuddin Mat Isa yang mengambil pendekatan Islamik dalam menjalankan tugasnya selaku Timbalan Presiden PAS.
Bagaimanapun, jangkaan bahawa Mat Sabu yang pernah digelar sebagai AYAM SABUNGAN PAS, berkecai. Mat Sabu sebaliknya tidak ubah seperti lembu mandul yang telah dikasi. Mat Sabu tidak tahu dan tidak menjalankan fungsinya selaku Timbalan Presiden PAS yang baru, sebaliknya Mat Sabu kekal sebagai seorang pemidato dan penceramah yang mengharapkan duit daripada uncang bergerak Unit Amal pada penghujung acara.
Tidak dapat dinafikan, Mat Sabu sebenarnya ketinggalan dalam banyak isu. Isu-isu yang dimainkan oleh Mat Sabu kebanyakannya isu-isu yang dimainkan oleh Mat Sabu sebenarnya lebih banyak menikam dan membunuh Mat Sabu.
Isu BERSIH misalnya, Mat Sabu bukan sahaja menunjukkan kependekan akal, sebaliknya turut mendedahkan bagaimana Mat Sabu menyalahi prinsip Pakatan Rakyat yang kononnya tidak akan menggunakan dana rakyat untuk kepentingan diri.
Mat Sabu sebaliknya membuat tuntutan perubatan kepada PBAPP untuk ubat-ubatan serta kos rawatannya yang sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam urusan kerja PBAPP.

Pendedahan tentang tuntutan tidak munasabah Mat Sabu yang menyalahgunakan kedudukannya sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah PBAPP, bukan sahaja memalukan PAS, malahan menunjukkan Pakatan Rakyat tidak sepertimana yang mereka canangkan. Pakatan Rakyat dalam erti kata yang lain, jauh lebih teruk berbanding kerajaan Barisan Nasional.
Namun bencana paling besar yang membuatkan PAS hilang kredibiliti adalah apabila Mat Sabu muncul dengan idea paling bodoh yang pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin PAS – selain Khalid Samad – iaitu menyanjungi pengganas komunis dan cuba meraih simpati serta memperkukuhkan dakwaan serta teorinya menerusi penyanjungan Mat Indera.
Mat Sabu telah melakukan kesilapan yang besar. Penyokong PAS terutama di kawasan FELDA terdiri daripada pesara-pesara tentera yang mengharapkan mereka boleh masuk syurga dengan mudah jikalau menyertai PAS.
Sanjungan yang diberikan oleh Mat Sabu kepada Parti Komunis Malaya dan pengganas komunis yang cuba menjajah negara ini sebagai pejuang kemerdekaan, bukan sahaja menyakitkan hati para penyokong kerajaan sebaliknya turut menjengkelkan hati para penyokong PAS sendiri, terutama yang pernah berhadapan dengan kejahatan dan keganasan pengganas komunis pada zaman darurat sehingga awal 90-an.
Sebahagian besar pemimpin PAS yang sebelum perlantikan Mat Sabu mengharapkan satu perubahan besar dan PAS tidak lagi dilihat sebagai parti kampungan, hanya mampu menggeleng apabila Mat Sabu masih meneruskan tingkah lakunya seperti penjual ubat di jalanan. Mat Sabu berceramah ke sana ke mari tetapi banyak isu yang tidak disentuh.
Mat Sabu langsung tidak berani menyentuh tentang Bajet 2012. Mat Sabu juga tidak berani menyentuh tentang NFC. Mat Sabu tidak berani menyentuh tentang AUKU. Malah Mat Sabu kelihatan kecut perut apabila ahli-ahli serta pemimpin PAS mulai menyampah dengan elemen DAP dan Anwar Ibrahim yang sedang berkembang biak di dalam parti tersebut.
Prestasi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS menjadi rungutan kebanyakan pemimpin tertinggi PAS. Semenjak menjawat jawatan tersebut, Mat Sabu dilihat tidak berubah dan sentiasa ke hulu ke hilir tuntuk berceramah dan tidak seperti Timbalan-Timbalan Presiden yang lepas. Dalam beberapa reaksi berkaitan, ada yang menyindir Mat Sabu dengan mengatakan, “Jikalau mahu berceramah ke hulu ke hilir, tak payahlah jadi Timbalan Presiden.”
Mat Sabu juga dilihat jarang memberi komen terhadap isu-isu yang serius. Mat Sabu gagal menyaingi karisma Azmin Ali. Dan inilah balasan bagi kaum yang melantik seseorang yang kurang berilmu tetapi hanya pandai bercakap perkara yang sama selain kemaruk dengan kuasa politik. sel13


Free Anwar Campaign Ke-2 (FACK)


Tak perlu banyak pihak rasa terperanjat dengan kegilaan baru mahasiswa kononnya bersuara di atas landasan akademik. Mahasiswa sekarang bukan macam tahun 1974. Turun ke jalanan secara percuma dan benar-benar di atas jalan idealisme. Tidak. Semuanya ada harga. Semuanya ada pakej yang ditentukan lebih awal.
Memang target dan sasaran FACK adalah golongan muda. Ini memang sudah diperhalusi dengan baik oleh inner circle Bukit Segambut. Sentimen mahasiswa mesti dipanaskan dengan pelbagai isu dan tanggapan. Mahasiswa mesti dibawa ke jalanan, menggunakan apa sahaja asas yang ada. Memang menurut strategi inner circle, di peringkat awal – ianya mestilah berasaskan isu neutral dan tidak kontroversi. Kebebasan akademik adalah satu contoh yang sangat nyata.
Kali ini, FACK akan didorong oleh peruntukan kewangan yang lebih mantap. Semuanya dilakukan secara tersusun dan sepadu. Tak perlu nak jadi macam dulu-dulu. Minta dana sini sana. Minta sedekah dengan taikun Cina dan sebagainya.
Setelah terpecah strategi mengumpul 10k orang sewaktu kes Anwar minggu lalu – sekarang ini inner circle lebih hati-hati. Tidak ada ‘cash handouts’ yang diberi kepada mahasiswa secara terbuka. Semuanya disusun dengan hati-hati. Nombor akaun ‘Penggerak FACK’ di peringkat universiti sudahpun diperoleh. Pendekatan ini sangat sistematik. Malahan, ada juga cadangan agar semua mahasiswa/i yang terlibat sebagai penggerak utama diberikan akaun Blackberry/iPhone oleh sekretariat FACK. Ini bagi memudahkan kerahan tenaga dilakukan secara BBM/Whatapp applications. Banyak group blackberry yang sudah dibentuk di kalangan anak muda/mahasiswa. Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.
Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM masing-masing. Amat tersusun.
Antara yang dipersetujui oleh inner circle malam kelmarin:-
ABU dijadikan landasan di kalangan bekas penggerak reformasi. Semuanya disusun dengan kaedah yang sama. Communication: SMS, BBM Group (penggerak Negeri). SMM menjadi sekretariat di kalangan generasi muda. Subliminal message mengenai Free Anwar Campaign (menggunakan Kebebasan Akademik sebagai alat gerakan). Communication: SMS, BBM, Twitter.

INSKA-UMNO Reform sebagai trojan horse. Dibantu oleh sumbangan dana berkala seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kecewa kerana politik wang. Jumlah elaun kesusahan akan ditentukan kemudian. Satu program: RM150 adalah jumlah yang dipersetujui di peringkat awal.

Websites dan international media: masih dalam perancangan. Belum ada keputusan siapa yang akan lead. Nama RPK disebut beberapa kali. Butiran mengenai gerakan menghadapi 9 Januari (akan dimaklumkan kemudian). Sedang disusun oleh Setiausaha Agung dan Biro Politik. Adam Adli ini adalah satu contoh kecil sahaja. Gelagat Anwar


Mana orang Melayu tak berpecah..sampaikan khutubah Jumaat pun nak dipolitikkannya. EP cukup tak faham dengan pemimpin-pemimpin PAS, boleh dikatakan tiap-tiap hari mereka adakan ceramah...tak cukup lagi ke ruang untuk menghasut dan menipu rakyat tentang perjuangan mereka??..Kenapa masih lagi nak menggunakan masjid sebagai tempat untuk menabur fitnah dan menghasut rakyat??

EP rasa semua pemimpin PAS ada KPI yang perlu dicapai kot...Mereka perlu berceramah disetiap ceruk, tak kira la di dalam jamban ke...hutan ke...padang ke...asalkan ada orang yang boleh mendengar kira ok la tu.. termasuklah masjid.

Nama je parti Islam, tapi perlakuan mengalahkan orang kafir... rasanya DAP pun tahu hormat rumah ibadat mereka...Mana ada pemimpin DAP bagi ceramah politik dalam tokong atau kuil mereka..Kalau mereka berucap dalam rumah ibadap mereka mesti sebab perpaduan kaum mereka dan kebaikan untuk kaum mereka tanpa membezakan parti politik...Kalau mereka nak kututk pun...mereka akan kutuk bangsa lain terutamanya Islam macam Lim Guan Eng buat masa hari wesak dan good friday.

Sudah-sudah la menggunakan masjid untuk menghasut dan memecahbelahkan umat Islam..belajarlah sikit hormat rumah Allah..tak kan itu pun nak diajar.Tak cukup lagi ke pepecahan yang ada sekarang...EP harap Jabatan Agama Islam Negeri Perak memandang serius dalam hal seperti ini..


1. Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang yang gemar menipu. Siapa yang tidak tahu mengenai penipuan terang-terangan beliau kepada Malaysia dan dunia mengenai 16 September.
2. Selain daripada itu, beliau telah berkali-kali membuat penipuan sebelumnya. Seperti penipuan mengenai diracun arsenik, penipuan mengenai suntikan HIV dan pelbagai penipuan lain. Malah beliau terkenal sebagai seorang yang gemar berjanji manis dan ber retorik tanpa membuahkan sebarang hasil.
3. Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, Anwar Ibrahim cuba menipu lagi. Kali ini dalam usaha untuk menghapuskan label agen US yang melekat pada dirinya, beliau menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan krisik ekonomi 1999. Rujuk tulisan dibawah:
4. Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penipu dan sememangnya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penipu dan tidak mustahil beliau akan menipu lagi.
5. Kita juga mengetahui bagaimana pada masa krisis 1997-1999 itu, Tun Dr. Mahathir tidak mahu menerima pakej ekonomi dari IMF dan Bank Dunia. Kita juga tahu bahawa Anwar Ibrahim diatas kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang mungkin tidak faham asas-asas ekonomi, mahu mengikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF. Ini kerana beliau tidak ada idea lain yang boleh difikir sendiri melainkan menerima idea orang lain sahaja.
6. Selepas kenyataan Tun M dan cabaran terhadap Anwar supaya menunjukkan surat seperti didakwa, kumpulan pembangkang cuba memanipulasi dengan menunjukkan data-data pinjaman Malaysia dari Bank Dunia.
7. Tujuan mereka (Pembangkang) adalah semata-mata untuk menegakkan benang yang basah bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat meminta bantuan Bank Dunia untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999.
8. Mungkin mereka di kalangan parti Pembangkang menyangka rakyat Malaysia ini bodoh dan boleh diperbodohkan mereka. Sebenarnya mereka hanya menonjolkan kebodohan mereka sendiri.
9. Anwar bercakap mengenai bantuan untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999. Tun M juga becakap mengenai pakej bantuan untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999 (dari IMF dan Bank Dunia)
10. Tetapi kemudianya, Anwar dan puak pembangkang memutar cerita bercakap mengenai pinjaman negara terhadap bank dunia.
11. Mereka gagal membezakan pakej kewangan untuk atasi krisis ekonomi dengan pinjaman dari bank dunia.
12. Boleh dikatakan kesemua negara di dunia ini meminjam dari Bank Dunia. Sila semak data pinjaman negara-negara di laman web bank dunia. Negara-negara yang maju pun meminjam dari Bank Dunia. Malaysia juga sering meminjam dari bank dunia semenjak dahulu lagi. Ini bukannya perkara yang baru
13. Meminjam dari Bank Dunia tidak sama dengan menerima pakej bantuan kewangan untuk krisis ekonomi. Pinjaman bank dunia ini tidak sama dengan pakej yang diterima oleh Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan banyak negara-negara lain.
14. Cuba tanya Anwar Ibrahim, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, pernah tak negara Malaysia meminjam dari Bank Dunia ? Kalau Anwar cakap tak pernah, bermakna beliau memang penipu.
15. Cuba tanya Anwar, siapakah Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga 1999 ? Betapa banyak pinjaman yang dibuat pada tahun 1992, 1993, 1994 dan 1995. Bukankah Anwar adalah Menteri Kewangan pada masa tersebut ?
16. Kenapa Anwar tidak menunjukkan pinjaman-pinjaman bank dunia pada tahun-tahun 1992,1993,1994,1995 dan 1998 ini ?
17. Kenapa Anwar dan pembangkang nak menunjukkan pinjaman Bank Dunia pada tahun 1999 ? Kenapa tak tunjuk pinjaman yang di buat semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ?
18. Adakah Anwar menipu apabila mengatakan bahawa beliau menolak bantuan Bank Dunia ?
19. Ingat, Tun M mencabar Anwar menunjukkan surat bahawa beliau meminta bantuan Bank Dunia untuk menyelamatkan krisis ekonomi pada tahun 1997-1999.
20. Tetapi untuk mengkaburi mata rakyat, Anwar menunjukkan data pinjaman bank dunia yang dibuat oleh negara Malaysia yang merupakan pinjaman-pinjaman biasa mana-mana negara.
21. Berapa kali nak menipu daaa…
Chewal.blogspot.com

Kebergantungan Pas kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini 'pak turut' tetapi terhutang budi kepada DAP.

Kepimpinan Pas hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat  walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

Pas bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malah tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam.

Pengakuan Khalid itu hanya mengesahkan segala kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila Pas berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur Pas adalah DAP.

Sebaliknya DAP walaupun Pas sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam.

Pas pula hanya ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti Pas. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka.

Khalid dalam kenyataanya semalam menyatakan bahawa Pas banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej parti itu daripada label ekstremis serta pelampau khususnya di kalangan bukan Melayu bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

Apa yang dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana Pas kini jauh tersasar.

Keberanian Dr Hasan Ali menyatakan pandangan berbeza secara tegas membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan benar-benar berjuang demi Islam serta bukan kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon sebagaimana didakwa Pas Selangor.

Alasan kecewa tidak disenarai alasan lapuk dan ia langsung tidak terpakai ke atas Dr Hasan Ali. Beliau bangkit berjuang bukan kerana pangkat dan darjat tetapi kerana beliau seorang pemimpin yang objektif serta berprinsip, beliau tidak rela Pas dan Islam ditunggang oleh DAP.



Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. - BERNAMA

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

“Dakwaan kononnya saya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas iaitu UMNO adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas. Malah, belum pernah saya ungkap mahu menyertai UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin yang mengkritik perjalanan sistem parti itu sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa parti tersebut tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Pas untuk menyertai UMNO, malah yakin perjuangan parti itu tetap teguh walaupun pemimpin berkenaan meninggalkan parti.

Dalam pada itu, Nasharuddin berharap, penjelasan beliau kali ini memadai untuk menghentikan segala tuduhan oleh pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada Pas.

Menyentuh mengenai pelbagai tohmahan yang diterimanya, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia sebahagian daripada hakikat perjalanan hidup yang terpaksa diharungi oleh seorang pendakwah sepertinya, dalam usaha memartabatkan Islam.

“Saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan di pentas politik nasional pasti mengundang 1,001 macam cabaran dan dugaan. Saya akur sepenuhnya dengan jalan dakwah yang saya lalui ketika ini malah ia telah lebih awal disusuri oleh para nabi, sahabat dan ulama,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali menegaskan bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan bongkak dan sombongnya telah menggunakan autoriti jawatannya secara melatah dan hilang arah hingga sanggup bermain dengan api fitnah.

Akibatnya beliau berkata, Mustafa telah meletakkan dirinya di paras yang rendah dari sudut kewibawaan serta kemampuan mengawal emosi.

''Saya telah dikatakan terperangkap dengan perangkap UMNO dan kenyataan yang saya buat sebelum ini juga dikatakan berkait rapat dengan agenda UMNO untuk melemahkan Pas.

''Mustafa Ali terus menyerang saya dengan nada yang agak personal yang mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkait dengan isu pokok antaranya ketidakhadiran saya dalam mesyuarat Pas Selangor,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hasan meminta Mustafa menyatakan secara berfakta atas dua perkara;

''Pertama saya terperangkap dengan perangkap UMNO dan kedua saya terlingkung dalam agenda UMNO untuk melemahkan Pas.''

Dalam perkembangan berkaitan Hasan menyangkal tuduhan Mustafa yang menyatakan beliau terlibat dalam usaha untuk meyakinkan ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip dan nilai hidup berlandaskan Islam.

''Saya ingin tegaskan apa yang saya sedang lakukan adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan Pas supaya Pas tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

''Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong Pas mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,'' katanya lagi.

Hasan turut mengingatkan kepada Mustafa bahawa ahli dan penyokong Pas tidak naif dan tidak sedungu seperti yang disangkakan.

''Ahli dan penyokong Pas bukan seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Mereka adalah insan-insan yang berbudaya, bertatasusila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir matang yang mesti dihormati.

Berhubung kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar supaya beliau menyertai UMNO, Hasan berkata, ia merupakan kenyataan yang ditimbulkan oleh orang bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan mutakhir sesuatu isu.

''Di sini saya juga meminta pucuk pimpinan tertinggi supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib kerana beliaulah yang memulakan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti,'' katanya lagi.

Wednesday, December 21, 2011


Sebenarnya kalau kita fikir dengan secara mendalam, perjuangan PAS untuk memertabatkan Islam susah nak berjaya sebabnya pemimpin-pemimpin mereka hanya tau bercakap dan berceramah sahaja...

Akhlak pemimpin mereka jauh sekali nak sama dengan akhlak Rasullullah, jangan kan nak sama nak mndekati pun jauh sekali, pemimpin mereka suka mencaci, menghina, mengfitnah, mengkafirkan, susah utk menerima kebenaran, mereka sahaja yang betul, mereka sahaja yang perfect. 

Yang mereka boleh ikut adalah dari segi pakaian dan imej sahaja...tidak lebih dari itu. Mereka juga suka memutuskan silatulrahim antara Islam, memandang rendah akan keislaman orang yang tidak sejemaah dan sebulu dengan mereka, mengeluarkn fatwa yang mengarut dan boleh menyebabkn perpecahan di kalangan Islam. Ini termasuklah membolehkan orang kafir mnggunakan kalimah ALLAH. 

Sebagai contoh kes Dr Hassan Ali, ini bukan cerita yg direka-reka, Sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Haram dan Dr Hassan Ali dilantik menjadi Exco Agama, Dr Hasan Ali memang menentang cubaan golongan tertentu untuk memurtadkan orang Islam oleh kristian, menghalang pengedaran arak, menghormati Sultan dan lain-lain lagi tetapi malangnya dia berseorangan dalam usaha ini, pemimpin PAS yang lain sentiasa tidak bersetuju dengannya malahan sesetengahnya mengutuknya....

Jika  Dr Hassan Ali yang ikhlas menjalankan tanggungjawabnya berjuang untuk menegakan syiar Islam di Selangor, apa sebab si Mahfuz, Dr Rani, Saari Sungib, Khalid Pasberg dan lain-lain menentangnya. Adakah perbuatannya ini salah disisi undang-undang PAS? Adakah ini contoh perjuangan PAS untuk memartabatkan agama atau nafsu mereka yang gilakan kuasa sehinggakan sanggup menggadaikan maruah Islam pada harga yang murah kepada orang kafir.....


PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.